Berkhatan

Berkhatan, juga dikenali sebagai khitan dan bersunat, merupakan prosedur pembedahan paling awal dalam sejarah manusia. Kini, berkhatan dijalankan atas sebab keagamaan, mengikut budaya, dan atas sebab kesihatan.

Di Malaysia, berkhatan difatwakan sebagai wajib untuk lelaki dan juga perempuan (maklumat lanjut mengenai hukum berkhatan →).

Amaran: Artikel ini mengandungi gambaran grafik dan prosedur perubatan

Klinik Sejahtera menawarkan beberapa kaedah berkhatan:

  1. Konvensional (menggunakan bilah/skalpel atau thermal cauterylaser”)

  2. Klamp

  3. Stapler

  4. Berkhatan bayi atau kanak-kanak perempuan

Kaedah Konvensional

Kaedah konvensional (biasa) merupakan kaedah berkhatan yang terawal, lebih daripada 10,000 tahun yang lepas berdasarkan sejarawan.

Secara asasnya, prosedur ini ialah potong dan jahit (cut-and-stitch). Kaedah ini adalah kaedah paling asas dan mesti dipelajari oleh semua mudim, kerana jika berlaku komplikasi dengan mana-mana jenis kaedah, mudim perlu kembali kepada kaedah konvensional. Kaedah ini dipraktikkan oleh pakar bedah di hospital-hospital.

Kaedah Klamp

Kaedah klamp mula digunakan sekitar tahun 1930-an dengan Gomco clamp dan Plastibell. Kaedah ini menjadi semakin popular pada 1950-an, dan mula bertapak di Malaysia sekitan 1990-an dengan Tara Klamp dan Smart Klamp, yang masih digunakan sehingga sekarang.

Konsep kaedah klamp ialah menggunakan sejenis alat yang akan menyepit kulup, yang akan menyebabkan bahagian kulup yang disepit menjadi mati dan akan gugur.

Kaedah Stapler

Kaedah Stapler merupakan kaedah yang paling moden dalam berkhatan. Ia mula diperkenalkan sekitar tahun 2010-an dengan Langhe CircCurer dan ZSR Stapler.

Kaedah ini menggunakan alat yang dimasukkan ke dalam kulup dan memotong menggunakan bilah berbentuk bulat. Pada masa yang sama, stapler yang disusun dalam bentuk bulat terus ditekan dan mengikat luka tersebut. Berdasarkan kajian-kajian terkini, kaedah ini kurang komplikasi berbanding kaedah lain, serta memberi hasil yang estetik.

Klinik Sejahtera adalah klinik ZSR Circumcision Center, dengan Dr. Rashid merupakan jurulatih utama ZSR di seluruh Malaysia, dan setiap cawangan Klinik Sejahtera dilatih untuk menjalankan berkhatan ZSR Stapler.

Klinik Sejahtera menjalankan khatan
di semua cawangan sepanjang tahun

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan temujanji berkhatan