Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku

— Ash-Shu'ara, 26:80

Tentang Kami

Sejak 1997, Klinik Sejahtera dibuka bagi menyediakan rawatan kesihatan dengan harga berpatutan.

Pada asalnya, Klinik Sejahtera merupakan solo practice (pengamal perubatan tunggal) sehingga tahun 2016.

Klinik Sejahtera menjalankan pelbagai jenis rawatan kesihatan, termasuklah perubatan umum, serta prosedur pembedahan kecil seperti berkhatan.

Cawangan ke-2 Klinik Sejahtera dibuka pada 2017 di Bandar Baru Selayang, mengambil alih Poliklinik Murni & Surgeri.

Cawangan ke-3 Klinik Sejahtera dibuka pada Mei 2022 di Jinjang Utara, mengambil alih Klinik Ong Yong dan Rakan-Rakan.

Cawangan ke-4 Klinik Sejahtera dibuka pada 2023 di Taman Selayang, mengambil alih Klinik Damai Putra.

Rangkaian Klinik Sejahtera menggunakan sistem berkomputer di atas talian (cloud), iHealth di semua cawangan, membolehkan perkongsian informasi pesakit di antara semua cawangan.

Klinik Sejahtera juga terlibat dalam aktiviti corporate social responsibility (CSR), dengan aktiviti berkhatan di sekolah-sekolah, bersama anak-anak yatim, serta dalam organisasi seperti Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan Malaysian Doctors of Circumcision Society (MADOCS).

Kini, Rangkaian Klinik Sejahtera mempunyai 6 doktor residen dan 15 orang staf di 4 cawangan klinik.