Berkhatan
Berkhatan, juga dikenali sebagai khitan dan bersunat, merupakan prosedur pembedahan paling awal dalam sejarah manusia. Kini, berkhatan dijalankan atas sebab keagamaan, mengikut budaya, dan atas sebab kesihatan.
Di Malaysia, berkhatan difatwakan sebagai wajib untuk lelaki dan juga perempuan (maklumat lanjut mengenai hukum berkhatan →).
Amaran: Artikel ini mengandungi gambaran grafik dan prosedur perubatan
Klinik Sejahtera menawarkan beberapa kaedah berkhatan:
Konvensional (menggunakan bilah/skalpel atau thermal cautery “laser”)
Klamp
Stapler
Berkhatan bayi atau kanak-kanak perempuan
Kaedah Konvensional
Kaedah konvensional (biasa) merupakan kaedah berkhatan yang terawal, lebih daripada 10,000 tahun yang lepas berdasarkan sejarawan.
Secara asasnya, prosedur ini ialah potong dan jahit (cut-and-stitch). Kaedah ini adalah kaedah paling asas dan mesti dipelajari oleh semua mudim, kerana jika berlaku komplikasi dengan mana-mana jenis kaedah, mudim perlu kembali kepada kaedah konvensional. Kaedah ini dipraktikkan oleh pakar bedah di hospital-hospital.
-
Bius setempat melalui suntikan.
Mudim membuat potongan pada kulup (kulit hujung zakar) menggunakan bilah, skalpel, gunting, atau thermal cautery (turut dikenali sebagai “laser”).
Lapisan kulit luar dan dalam kulup akan dijahit bersama menggunakan jahitan boleh diserap (tidak perlu buka jahitan setelah berkhatan).
-
Boleh dilakukan untuk semua peringkat umur, tanpa perlu mempertimbangkan saiz alat (seperti klamp dan stapler).
Boleh dilakukan oleh semua mudim, termasuk doktor-doktor dan pakar bedah.
Boleh digunakan untuk semua jenis kes, termasuk kes lekatan/adhesions, serta kelainan anatomi.
Boleh membaiki komplikasi.
Tidak perlu membuka jahitan.
Menggunakan peralatan yang sedia ada (seperti bilah, forsep, dll.) tanpa peralatan khas.
-
Risiko jangkitan kerana potongan akan membuat luka sebelum dijahit.
Boleh mengambil masa yang lama berbanding kaedah lain.
Hasil berkhatan yang kurang estetik kerana potongan dan jahitan menggunakan tangan.
Kaedah Klamp
Kaedah klamp mula digunakan sekitar tahun 1930-an dengan Gomco clamp dan Plastibell. Kaedah ini menjadi semakin popular pada 1950-an, dan mula bertapak di Malaysia sekitan 1990-an dengan Tara Klamp dan Smart Klamp, yang masih digunakan sehingga sekarang.
Konsep kaedah klamp ialah menggunakan sejenis alat yang akan menyepit kulup, yang akan menyebabkan bahagian kulup yang disepit menjadi mati dan akan gugur.
-
Bius setempat melalui suntikan.
Mudim meletakkan alat klamp pada kulup (kulit hujung zakar), dan kulup akan disepit oleh alat klamp.
Lebihan kulit beberapa milimiter akan dipotong menggunakan bilah atau gunting. Alat dibiarkan pada kulup selama 5-7 hari.
Selepas 5-7 hari, alat klamp akan dibuka oleh doktor. Bahagian keruping akan gugur sendiri selepas 2-4 minggu.
-
Hasil berkhatan yang lebih estetik, kerana bentuk sepitan dilakukan oleh alat klamp.
Kurang risiko pendarahan kerana alat klamp menyepit kulit.
Kurang risiko jangkitan kerana bahagian yang dikhatan disepit dan luka adalah kecil.
Tiada jahitan.
Masa berkhatan yang cepat.
Kurang sakit selepas bius hilang kesan.
Penyembuhan yang lebih cepat berbanding konvensional.
-
Saiz yang terhad. Contohnya alat Plastibell untuk bayi sahaja, dan Smart Klamp biasanya untuk kanak-kanak 5-12 tahun. Untuk saiz yang terlalu kecil atau besar, mungkin perlu pesanan khas untuk saiz klamp yang sesuai.
Cuma boleh digunakan untuk kes normal (lekatan/adhesion, kelainan anatomi tidak boleh digunakan).
Sekiranya berlaku komplikasi besar seperti pendarahan yang tidak terkawal, perlu kembali kepada kaedah konvensional.
Rawatan susulan selepas 5-7 hari untuk membuka alat klamp.
Kaedah Stapler
Kaedah Stapler merupakan kaedah yang paling moden dalam berkhatan. Ia mula diperkenalkan sekitar tahun 2010-an dengan Langhe CircCurer dan ZSR Stapler.
Kaedah ini menggunakan alat yang dimasukkan ke dalam kulup dan memotong menggunakan bilah berbentuk bulat. Pada masa yang sama, stapler yang disusun dalam bentuk bulat terus ditekan dan mengikat luka tersebut. Berdasarkan kajian-kajian terkini, kaedah ini kurang komplikasi berbanding kaedah lain, serta memberi hasil yang estetik.
Klinik Sejahtera adalah klinik ZSR Circumcision Center, dengan Dr. Rashid merupakan jurulatih utama ZSR di seluruh Malaysia, dan setiap cawangan Klinik Sejahtera dilatih untuk menjalankan berkhatan ZSR Stapler.
-
Bius setempat melalui suntikan.
Mudim meletakkan alat stapler pada kulup (kulit hujung zakar), kemudian alat stapler akan ditekan. Secara serentak, bilah akan memotong kulup, serta stapler akan mengikat keliling luka.
Alat stapler akan dibuka, dan stapler akan dibiarkan pada luka. Stapler akan gugur sendiri dalam masa 1-2 minggu.
-
Hasil berkhatan yang estetik, kerana pemotongan dilakukan oleh alat stapler, dan tiada jahitan mahupun sepitan.
Saiz yang tersedia dari bayi sehingga dewasa. Doktor anda mungkin akan memeriksa dan mengukur saiz terlebih dahulu untuk membuat pesanan saiz yang sesuai.
Kurang risiko pendarahan kerana alat stapler memotong dan mengikat secara serentak.
Kurang risiko jangkitan kerana bahagian yang dikhatan terus diikat.
Tiada jahitan.
Masa berkhatan yang cepat.
Kurang sakit selepas bius hilang kesan.
Tiada rawatan susulan kerana stapler akan gugur dengan sendiri.
Penyembuhan yang paling cepat.
-
Harga yang mahal berbanding kaedah lain.
Cuma boleh digunakan untuk kes normal (lekatan/adhesion, kelainan anatomi tidak boleh digunakan).
Sekiranya berlaku komplikasi besar seperti pendarahan yang tidak terkawal, perlu kembali kepada kaedah konvensional.